Wednesday, 30 March 2011
REFLEKSI MINGGUAN
Minggu ke-13. Ini merupakan penulisan refleksi pertama kerana sebelum ini blog belum siap. Alhamdulillah pada hari ini blog saya yang tak seberapa ini dah boleh dipamerkan kepada khalayak umum. Prof Dr Zaidatun membentangkan skima pemarkahan bagi assignment 1, 2 dan ke-3 serta persembahan blog. Antara yang diterangkan adalah bilangan gambar, teknik yang digunakan, kreativiti, teks, teknik manipulasi dan sebagainya. Penerangan oleh beliau amat membantu saya, kerana saya memang tiada asas fotografi ataupun ict yang baik. Terima kasih prof.
Wednesday, 23 March 2011
Sunday, 20 March 2011
Assignment 2 - Image Manipulation
1. Imej 1
- Imej yang telah di ubahsuai menggunakan lasso tool, marquee tool, patch tool, level, curves dan black & white.
2. Imej 2
- Imej yang telah di ubahsuai menggunakan lasso tool dan gausian blur filter.
3. Imej 3
3. Imej 3
Imej yang telah di ubahsuai menggunakan marquee tool.
4. Imej 4
- Imej yang telah di ubahsuai menggunakan lasso tool dan artistic pallete knife filter.
5. Imej 5
- Imej yang telah di ubahsuai menggunakan clone stamp tool, lasso tool, duplicated layer dan blur tool.
6. Imej 6
6. Imej 6
- Imej yang telah di ubahsuai menggunakan clone stamp tool, lasso tool, marque tool, blur tool, duplicated layer dan brush stroke crosshacth filter.
Saturday, 19 March 2011
Assignment 3 - Graphic Design (Poster)
1.0 KRITERIA POSTER YANG BAIK
Poster penting dalam mempengaruhi dan memotivasi tingkah laku orang yang melihat dan ia tidak hanya untuk menyampaikan kesan-kesan tertentu sahaja. Kriteria poster yang baik hendaklah :
1. Sederhana
Apa yang dimaksudkan dengan sederhana itu adalah sebuah poster yang tidak menampilkan banyak tulisan. Dalam erti kata lain, poster tersebut adalah ringkas yang hanya merangkumi perkara-perkara yang penting sahaja. Antara gambar dan tulisan haruslah mempunyai kesinambungan maksud supaya mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai dapat diterima. Oleh hal yang demikian, tujuan penghasilan poster tersebut mencapai kehendak penerbitnya.
2. Mempersembahkan satu idea dan mencapai tujuan penghasilan poster.
Tujuan daripada penyampaian mesej dalam poster mestilah jelas dan berfokus kepada kesesuaian perkara yang ingin disampaikan. Oleh hal yang demikian, mesej yang hendak disampaikan dalam poster tidak boleh melencong daripada tujuan yang sebenar penerbitannya.
3. Berwarna
Warna yang digunakan di atas sebuah poster mestilah menarik perhatian orang ramai yang menampilkan keharmonian antara gambar dengan tulisan di dalam poster tersebut. Ketepatan pemilihan warna amat penting dalam mempengaruhi keindahan sesebuah poster yang hendak dipersembahkan.
4. Slogannya ringkas dan jitu
Pemilihan ayat atau kata yang digunakan pada sesebuah poster haruslah singkat, padat dan jelas supaya orang ramai yang membaca poster tersebut mudah memahami mesej yang hendak disampaikan.
5. Tulisan jelas
Tulisan yang digunakan semasa mempersembahkan tulisan ilmiah ke dalam poster mestilah tulisan yang sederhana, mudah dibaca dan komunikatif. Kesesuaian tulisan haruslah berpadanan dengan susun letak poster itu sendiri. Contohnya dalam pemilihan warna, tulisan besar atau kecil, latar belakang poster, serta gambar supaya tulisan yang digunakan mudah untuk difahami dan dibaca.
6. Motif dan lakaran bervariasi
Tujuan motif dan lakaran bervariasi di dalam sesebuah poster mestilah diambil kira bagi menampakkan keunikan pada poster tersebut. Hal ini penting untuk merangsang pembaca supaya tertarik dengan poster yang dihasilkan.
7. Ketepatan tujuan
Ketepatan tujuan ini bermaksud menepati tujuan sebenar sesebuah poster diterbitkan dan mencapai sasaran yang betul iaitu kepada siapa poster tersebut diterbitkan.
2.0 ASAS-ASAS SEBUAH POSTER
Panduan berikut dapat membantu kita untuk membuat poster iaitu terdiri daripada tulisan, warna, persembahan poster, idea kreatif dan penggunaan ‘Edge’ untuk poster bercetak.
· Tulisan
Langkah demi langkah perlu dituruti dengan betul untuk memastikan tajuk poster dan penulisan poster tersebut kelihatan menarik. Selain itu juga, idea-idea kreatif perlu untuk menghias tajuk poster supaya dapat menarik perhatian orang ramai.
· Warna
Warna digunakan sebagai simbol dalam mewakili tempat, keadaan, emosi dan sebagainya. Penggunaan warna yang tepat juga dapat memberikan kesan yang baik terhadap poster. Antara langkah yang bijak yang harus dititikberatkan dalam pemilihan warna ketika ingin membuat poster ialah warna asas, roda warna, warna sebagai perasaan dan poster. Disini terdapat beberapa jenis warna yang digunakan dalam membuat poster yang memberi maksud tersendiri terhadap penggunaan warna tersebut.
· Persembahan poster
Poster ini harus dipersembahkan secara lisan untuk memperjelaskan ciri-ciri yang terdapat pada sesebuah poster.
· Idea-idea kreatif
Menambah elemen kraetif ketika anda membuat kerja poster adalah sebahagian elemen yang penting dalam proses pembuatan poster. Elemen kreatif ini digunakan dalam projek papan poater dan beberapa projek di sekolah. Setiap poster yang dicetak dari kertas harus dipasang di dinding ataupun pada permukaan menegak. Poster biasanya merangkumi unsur-unsur teks dan grafik dan direka untuk menjadi ‘penarik’ dan menyampaikan maklumat. Selain itu juga, poster boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti untuk tujuan pengiklanan, propaganda, komunikasi mesej dan untuk demonstrasi.
· Penggunaan ‘Edge’ untuk poster bercetak
Poster yang dicetak dengan PrintPlace membolahkan lebih banyak ruang untuk imej dan teks terutama bagi mempamerkan jenama dan produk atau untuk mempromosikan sesebuah aktiviti.
Manusia pada zahirnya akan membaca teks dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Dengan ini, unsur-unsur yang terdapat di poster akan menonjolkan butiran yang ingin disampaikan. Penggunaan gambar yang menonjol dapat menarik perhatian tetapi perlulah jelas dalam menyampaikan mesej. Begitu juga dengan pemilihan warna yang harus bersesuaian dengan tema.
3.0 APLIKASI POSTER SEBAGAI MEDIA DALAM PEMBELAJARAN
Menurut Sudjana dan Rivai (2005 : 56), ada pelbagai penggunaan poster sebagai media pembelajaran di kelas adalah seperti berikut :
a. Sebagai motivasi
Penggunaan poster dalam pengajaran sebagai pendorong atau motivasi kepada kegiatan belajar dengan menggunakan poster-poster yang dapat memotivasi para pelajar.
b. Sebagai peringatan
Penggunaan poster yang boleh menyedarkan para pelajar berkaitan dengan perkara-perkara penting. Contohnya seperti, amalan menjaga kebersihan, penjagaan kesihatan dan sebagainya.
c. Pengalaman yang kreatif
Poster juga bleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang memberi kemungkinan belajar seara kreatif kepada para pelajar. Wujudnya poster dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi kesempatan kepada para pelajar untuk mendapatkan ilmu tentang apa-apa yang dipelajari oleh mereka. Poster dapat memberi pengalaman baru kepada pelajar sehingga mereka memperolehi kreativiti dalam apa jua perkara.
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN POSTER
1. Reka atau lakar poster yang berkesan
Poster yang menarik dan mudah dibaca amat penting dalam penghasilan sesebuah poster. Antara perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam menghasilkan poster adalah seperti berikut :
· Pilih warna latar belakang yang tidak melindungi mesej yang hendak disampaikan.
· Gunakan gambar atau grafik yang sesuai.
· Pilih tulisan atau font yang mudah dibaca yang mempertimbangkan warna, saiz dan berhati-hati untuk tidak memcampur terlalu banyak font yang berbeza bersama-sama.
2. Tentukan bagaimana anda akan membuat poster anda.
Adakah anda akan membuat poster di atas kadbod dengan tangan anda sendiri? Atau adakah anda mempunyai kemahiran kepada komputer dan printer? Buatlah cara yang paling mudah dan paling berkesan untuk anda.
· Komputer : Sesetengah program komputer membolehkan anda membuat poster yang lebih besar dengan tetap berpegang kepada beberapa halaman yang dicetak bersama. Jika tidak, anda boleh menggunakan kadbod besar yang ringan dan mencetak mesej, gambar, tajuk dan lain-lain dengan mengasingkan dan menetapkan semuanya di atas kadbod dengan rapi. Hiasi pinggiran poster dengan bingkai atau dengan ciri-ciri menarik yang lain.
· Menggunakan tangan : Jika anda tidak boleh mencetak poster, anda haruslah memilih orang yang berkemahiran dalam mencetak poster yang terbaik dengan menggunakan cat poster yang cerah dan menggunakan marker pen atau pensel untuk membuat poster. Anda haruslah memastikan poster tersebut dihiasi dengan cara yang menarik seperti mana poster yang dihasilkan dengan menggunakan computer.
3. Pilih satu mesej yang mudah diingat.
Tempatkan mesej ini dengan menggunakan huruf besar yang akan menarik perhatian pembaca. Maklumat yang lebih lanjut boleh ditambah dengan menggunakan huruf kecil.
4. Tambahkan maklumat anda.
Sekiranya anda membuat maklumat poster anda sendiri, anda perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, contohnya daripada buku, orang yang bekerja di lapangan atau mendapatkan maklumat di halaman internet yang terkemuka.
5. Adakah maklumat anda diperiksa
Adakah maklumat anda diperakui oleh seseorang yang mempunyai kepakaran dalam subjek tersebut. Mungkin seseorang yang bekerja atau relawan di sesebuah organisasi bukan kerajaan atau pejabat awam misalnya, guru. Dapatkan juga seseorang untuk menyemak ejaan maklumat.
6. Sertakan maklumat untuk dihubungi.
Tujuan poster anda adalah untuk mendapatkan perhatian. Anda juga mengkehendakkan orang untuk mengetahui di mana mereka boleh mendapatkan maklumat yang lebih pada poster anda. Jadi, sertakan butiran anda untuk dihubungi seperti nombor telefon atau e-mel anda.
7. Fikirkan dengan teliti tentang dimana anda akan menggantungkan poster anda.
Cuba untuk mencari lokasi dimana orang ramai sering berkunjung supaya poster anda mendapat perhatian orang ramai.
Subscribe to:
Posts (Atom)